Sunday, 3 November 2013

Tujuan hidup

Hidup ini satu pinjaman. 

Kita lahir, kita membesar, kita meninggal dan kembali kepada tanah.

Tapi apa makna hidup ini? Siapakah kita di muka bumi ini?

Sekadar organisma datang dan pergi,

Hanya untuk bersukaria tanpa tujuan hidup sebenar

Atau ada signifikankah manusia tercipta di alam indah ini,

Yang membezakan kita dengan haiwan?

Renungkan tujuan kita dicipta.

Berbakti kepada manusia.

"Pulangkan dengan penuh maruah dan erti"

-a samad said-


....sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi...
(2:30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku
(51:56)

Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(23:115)

 Mak ai..mcm suduh terang lagi bersuluh...*garu kepala*

No comments:

Post a Comment