Sunday, 3 November 2013

Tujuan hidup

Hidup ini satu pinjaman. 

Kita lahir, kita membesar, kita meninggal dan kembali kepada tanah.

Tapi apa makna hidup ini? Siapakah kita di muka bumi ini?

Sekadar organisma datang dan pergi,

Hanya untuk bersukaria tanpa tujuan hidup sebenar

Atau ada signifikankah manusia tercipta di alam indah ini,

Yang membezakan kita dengan haiwan?

Renungkan tujuan kita dicipta.

Berbakti kepada manusia.

"Pulangkan dengan penuh maruah dan erti"

-a samad said-


....sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi...
(2:30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku
(51:56)

Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(23:115)

 Mak ai..mcm suduh terang lagi bersuluh...*garu kepala*

Saturday, 2 November 2013

Anthem

...saya dalam gelap...
...dan salah siapa kalau saya tak nampak...
...kenapa orang sekeliling hanya pandai bising...
...tapi tak pandai menghulur tangan...

Jangan pernah judge masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya itu masa depan kita.

Jangan pernah merasa mulia jika baju kita putih dan tidak pernah bercampur noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang kotor.

Jangan pernah rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bisng pada yang salah dan pincang, jika kita tak pernah singsing lengan untuk membantu dan membetulkan.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah cuba tarik mereka yang lemas tenggelem. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang
adalah yang baik-baik sahaja sampai ke penghujung nyawa.
Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam
tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna
Minta dengan doa.

Maka anthem anda apa pula?

HLOVATE


...apakah kamu yeng lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya? Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.
(2:140)