Friday, 15 June 2012

Kahwen~~

Disebabkan aku ni gatal sangat nak kahwin tapi takde calon ag ( -.-"), aku teringin nak buat post pasal pernikahan. Apa istimewanya perkahwinan ni selain sebb toooott tu. Kenapa orang nak sangat kahwin padahal belanja kahwin beribu2 sekarang ni.

Kahwin tu sunnah tau....Jangan main2. (  Sunnah yang ni jugak nak kecoh. Sunnah yang lain tak kecoh plak. Berhenti makan sebelum kenyang ke...)

Istimewanya pernikahan..jeng jeng jeng        

  • Menjaga kesucian dan kehormatan lelaki dan wanita
  • Mendamaikan hati dan mencegah diri daripada dosa iaitu zina
  • Menjaga agamanya
  • Menjaga keturunan dan menjamin kelangsungan manusia
  • Menjaga kehormatan dan kesucian diri
  • Melengkapkan kasih sayang antara lelaki dan wanita
  • Menjaga kesihatan diri manusia dari penyakit jangkitan kelamin seperti AIDS
  • Last sekali....SYOK!! 
Hahaha. Yang last tu aku buat sendiri. Betul ape, kahwin kan syok. Lepas kahwin, kalau tgk cerita romantik, tak payah nak berangan2 ag, sbb dia dah ade kat sebelah. Ececece. Makan boleh same2. Boleh pergi jogging same2. Siap tolong lapkan peluh ag. Padan muka kena lap peluh busuk. Pastu leh gi mane2 lah same2. So lps abis belajar nnt, gi ah kahwin. Selamat Mencuba!

 

Tapi sebelum itu!

Bentuk- bentuk TABARRUJ model jahiliah

  • Menampakkan sebahagian anggota tubuhnya di hadapan lelaki bukan mahram ( aurat wanita sampai pergelangan tangan bukan sampai siku yee)
  • Menampakkan perhiasannya baik semua atau sebahagia. ( Paham2 lah ye..tudung tu jangan diselempangkan)
  • Berjalan dengan dibuat2
  • Mendayu2 ketika berbual dengan lelaki bukan mahram
  • Menghentak2kan kaki agar diketahui perhiasan yang disembunyi ( kalau zaman sekarang, pakai kasut tinggi keletak keletuk bunyi kasut)
that's HANA TAJIMA SIMPSON

*Untuk maklumat lanjut, sila baca  maksud surah An- Nur. Absolutely NO terms and conditions applied:)

1 comment:

  1. "So lps abis belajar nnt, gi ah kahwin. Selamat Mencuba!"
    macam bagi resipi je.hahaha

    ReplyDelete