Thursday, 22 March 2012

warkah nukilan mama

Bonda sekeluarga
Taman Kota Cheras
Cheras, Selangor
28 Januari 2007

Anakanda Syahirah yang dikasihi,

Assalamualaikum wr.wb.

Kakak apa khabar? Kami sekeluarga di sini sihat sejahtera. Semoga kakak di sana juga sihat hendaknya.Amin

Sewaktu mama menulis surat ini, Laila sedang nyenyak tidur di buaian enjutnya. Kaklong pula sedang membuat homework Matematik sambil diajar oleh guru tuisyen peribadi yang macho dan hensem iaitu ayah. Qis pula sedang memberi idea sambil ketawa kecil di sebelah mama ketika ini. Baru saja tadi kami terima panggilan telefon dari kakak. Kami di sini pun rindu dan selalu teringat pada kakak. Kami harap agar rindu kakak kepada kami janganlah sehingga mengganggu urusan seharian dan pelajaran kakak. Kami doakan semoga kakak tenang dan ceria dalam menjalani kehidupan seharian di asrama. Kakak belajarlah bersungguh-sungguh kerana dengan ilmulah orang itu boleh berjaya dalam hidupnya. Mama doakan semoga segala cita-cita murni kakak akan tercapai juga akhirnya. Jangan kakak tinggalkan solat dan sentiasalah berdoa dan meminta pada Allah s.w.t. Dia sentiasa mendengar dan akan memakbulkan doa hamba-Nya yang soleh dan taat kan perintahnya. Sentiasa dengar dan patuh akan nasihat guru. Hormatilah guru maka barulah berkat ilmu yang kita pelajari.

Azan maghrib telah berkumandang. Kami nak solat maghrib. Laila baru saja terjaga dari tidurnya dan start mengacau mama.

Kaklong akan mengikuti kursus kepemimpinan kokurikulum  SMK Perimbun pada 2/2-4/2/07 di Kem Bumi Jati, Kelang. Qis dan kaklong akan menyertai kejohanan merentas desa  di sekolah masing-masing pada 31/1/07(Rabu). Qis beriya-iya nak menang dan menjadi johan. Kaklong biasa saje.

Mama tak sabar nak tunggu 16/2/07  sebab nak tunggu kakak balik ke rumah sempena Chinese New Year. Bolehlah kite pergi ke mana2 tempat yang kita tak sempat pergi tempoh hari. Conthnya Petrosains, Aquaria dll.

Di sini mam sertakan wang pos untuk perbelanjaan kakak. Sepatutnya mama masukkan ke dlm akaun kaka tetapi sebab urgent mama sertakan sekali bersama-sama surat ini. Mama juga sertakan sekali kad i-talk untuk kegunaan kakak. Mama berdoa agar ianya selamat diterima oleh kakak dan mama bertawakkal kepada Allah agar semuanya selamat sampai ke tangan kakak.

Oklah kakak. Sampai di sini dulu. Kakak jangan risau-risau. Tugas kakak adalah belajar bersungguh-sungguh. Kalau ada apa-apa masalah call mama ataupun ayah ataupun jumpa cikgu Fauzati. Dia tu kan baik. Jangan simpan dalam hati. Mix around and be nice to everybody.

Buat pengetahuan kakak (kalau kakak lupa) today is dad's birthday. Kami tak celebrate pun. Hanya duduk di rumah.

Ok kak. Better stop here. Nak solat maghrib. Kakak ceria-ceria selalu ye. Semogag kaka bertambah tough and strong selepas mengikuti kelas tae-kwon do. Terimalah salam sayang kami. Cup..cup..

Yang menyayangimu,
JARIAH
28/1/07 8.05 PM

P/S-oh ya, mama sertakan sekali di SKBTHO sewaktu Hari Kecemerlangan tempoh hari.



hehe.Surat di atas merupakan surat yang aku terima semasa berada di tingkatan 1. Mamaku memang gemar menghantar surat kepadaku. Sebab itu aku lebih suka akan surat dan kad daripada benda2 berunsur teknologi. Semasa SPM kian menghampiri, ibuku turut mengrim surat pada tanggal 26/7. Aku masih ingt lagi. Waktu itu, aku baru sahaja pulang dari MTD. Dan surat tersebut lebih kurang 5 muka surat. Oleh hal yang demikian, aku tidak larat untuk menaipnya semula. Hehe. Aku pasti rakan2 5 setia masih mengingati kandungan surat itu. Aku terjumpa surat ini ketika aku sedang memeriksa apa yang ada di dalam almari itu. Di dalamnya terdapat semua suratku dan kad laporan akademikku sejak darjah 1. hehe..gua simpan ag tau. Anyway, aku dulu memang sgt homesick bahkan sehingga form 5 aku masih lagi homesick. Tangisan aku membanjiri bumi STF. hehe..gua terpaksa pergi dulu...until next timeee


No comments:

Post a Comment